Thursday, January 6, 2011

Jersi Terbaru Skuad Red Warriors Musim 2011

Mengekalkan warna tradisi merah putih, Kelantan muncul dengan jersi baru untuk mengharungi musim 2011. Dengar khabar, berebut2 syarikat2 besar untuk menjadi penaja untuk pasukan Kelantan. Apa tidaknya, tengokla kesetiaan peminat2 Kelantan mengunjungi mana2 stadium ketika pasukan mereka beraksi dengan memakai jersi masing2. Even kalau perlawanan ditempat lawan pun, penyokong Kelantan lebih ramai daripada penyokong tuan rumah. Malah ramai yang tidak segan silu memakai jersi pasukan itu untuk aktiviti harian. Menarik kan? Sudah pasti jualan jersi tersebut begitu tinggi. Walaupun ada sesetgh peminat yang membeli jersi tiruan atau buatan Siam, label dan jenama yang dibawa tetap sama.