Dah bertahun2 kita disiarkan dengan perlawanan bola sepak pada waktu malam. Tup tup tahun ni dengar kabar ada beberapa pasukan yang terpaksa bermain pada siang hari jika perlawanan dilangsungkan di stadium sendiri. Apa sudah jadi? Khabarnya stadium2 ni tidak mendapat kelulusan dari FAM oleh kerana keadaan lampu limpah yang tidak mengikut kriteria yang ditetapkan. Persoalannya, sebelum ini kriteria yang ditetapkan oleh FAM terlalu rendah kah? Kenapa sekarang, ketika bola sepak negara nampaknya semakin mendapat perhatian dikalangan peminat tempatan? Entry ni bukan nak tuding jari atau menyalahkan mana2 pihak. Tapi kalau betullah ini terjadi, lupakanla hasrat kita nak tengok penonton berduyung2 ke stadium melihat perlawanan pasukan masing2. Mungkin antara alasan yang akan diterima, clash dengan waktu kerja atau aktiviti lain serta 'feel' mungkin berlainan kerana selama ini selalunya malam. Begitu juga dengan siaran langsung di kaca tv. Macam tak best je kalau tgk bola live lepas asar kan?
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, pasukan yang terlibat ialah:
- Kelantan (Stadium Sultan Muhammed IV)
- Terengganu & T-Team (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin)
- Johor FC (Pasir Gudang)
- Perak (Stadium Perak)
- Harimau Muda A(Stadium MBPJ)
- Sabah (Stadium Likas)
Apa pun, pemeriksaan kedua akan dijalankan hari ini (7 Jan 2011). Jika masih tiada perubahan, maka kekallah pasukan2 ini bermain diwaktu siang. Apa yang diharapkan, moga pihak pengurusan stadium mengambil langkah yang sewajarnya agar perlawanan dapat dilangsungkan pada waktu malam seperti biasa, terutama bagi Terengganu dan Kelantan yang biasanya dipenuhi penyokong masing2 ketika perlawanan. Apa salahnya berkorban sikit demi bola sepak negara. Sama2 la kita nantikan keputusan spot check dari FAM malam ni.
No comments:
Post a Comment