Sunday, January 16, 2011

Safee Akur

Rasanya semua dah tahu yang penyerang sensasi negara yang menyarung jersi Selangor dalam Liga M 2011 dirisik beberapa kelab dari Indonesia. Ini semestinya result dari kejayaan Safee muncul sebagai penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 dan sumbangan beliau yang membantu pasukan negara muncul buat julung kalinya sebagai juara Piala AFF Suzuki 2011. Macam2 reaksi yang diterima dari pelbagai pihak bila Safee sendiri mengaku berhajat untuk berhijrah ke liga Indonesia. Ada reaksi positif dan ada juga yang negatif, tapi bagi sy ada eloknya kalau buat masa skrang ni beliau stay dengan Liga Malaysia dulu. Bukan ape, dengan kehadiran Safee dalam Liga M, bukan shaja mutu persembahan bola sepak tempatan yang meningkat, malah pemain2 lain pun pastinya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi Safee kan? Lagipun jika ke kelab Indonesia yang mana pasukan negaranya dah tewas dengan kita, berbaloi ke? Rasanya liga kita lagi berprestij. Ditambah pula dengan kebencian penyokong dan warga Indonesia terhadap Malaysia kebelakangan ini, maka faktor keselamatan juga perlu diambil kira. Apa pun semua nya bergantung kepada Persatuan Bola Sepak Selangor samada mahu melepaskan Safee atau tidak. Sumber dan berita lanjut dipetik dari Kosmo! bertarikh 16 Jan 2011

Safee Akur

BIARPUN hatinya meronta-ronta untuk menimba pengalaman pada liga bola sepak luar negara, penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali akur sekiranya pengurusan Selangor terus berkeras tidak mahu melepaskannya.

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu berkata, dia berkemungkinan memilih untuk terus beraksi dengan Selangor sehingga tamat kontrak pada akhir tahun ini.

“Sekiranya perundingan rasmi ketiga-tiga kelab Liga Indonesia dengan pengurusan Selangor yang sedang ber langsung sekarang menemui kegagalan, saya harus menghormati perjanjian yang telah dibuat dengan Selangor.

“Namun selepas itu, saya akan terus berusaha untuk mengintai peluang semula bermain di luar negara kerana ingin belajar sesuatu yang baru,” luah Mohd. Safee.

Mohd. Safee ditemui ketika dirai oleh lebih 3,000 penduduk sekitar Tapah dalam majlis khas sempena kepulangannya ke kampung halaman anjuran Persatuan Bola Sepak Batang Padang

di Stadium Mini Tapah semalam.

Tiga kelab Indonesia yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 27 tahun itu ialah Persib Bandung, Balik Papan dan Pelita Jaya.

Dalam pada itu, Mohd. Safee meluahkan keinginan untuk menabur bakti bermain untuk skuad Perak sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Selepas menimba pengalaman di luar negara, saya berniat untuk menyarung jersi Perak, negeri saya dibesarkan dan mendapat pendedahan awal bola sepak,” katanya.

Pada majlis sama, dia menerima ganjaran RM10,000 yang dijanjikan kerajaan negeri Perak berikutan kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Turut menerima insentif tersebut ialah pemain pertahanan negara, Sabre Mat Abu, 23, dan Fadhli Shas, 19, yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sementara jurulatih penjaga gol negara, Fauzi Mukhlas pula meraih RM3,000.

Bagaimanapun, Fadhli tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A.

Terdahulu, Mohd. Safee, Sabre dan Fauzi diarak dengan menaiki sebuah kereta antik model Triumph TR4 dengan diiringi lebih 100 motosikal berkuasa tinggi sejauh kira-kira enam kilometer dari rumah ibu bapa Mohd. Safee di Temoh, Tapah.

No comments: