Liga Super diteruskan lagi setelah berehat 1 minggu untuk memberi laluan kepada saingan Piala FA. Hanya perlawanan antara Kedah menentang Kelantan akan berlangsung pada Jumaat, 25 Feb 2011. 6 lagi perlawanan akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 26 Feb 2011.
Astro Arena dijadualkan bakal menyiarkan perlawanan antara Kedah dan Kelantan malam besok. Mungkin ada factor tertentu yang membuatkan Arena begitu berminat untuk menyiarkan perlawanan melibatkan pasukan Kelantan sekali lagi.
Yang akan menjadi tumpuan tentunya perlawanan dua pasukan yang berada ditangga tercorot, T-Team dan Perlis. Adakah T-Team mampu mengekalkan rentak permainan yang agresif seperti yang ditunjukkan ketika menentang Kelantan dalam saingan Piala FA minggu lalu? Itulah yang diharapkan oleh penyokong pasukan berstatus kelab sari Terengganu ini.
Seperkara lagi, tak sabar rasanya untuk melihat samada RTM bakal menjadi penyiar bersama dalam saingan ini. Jangan sampai terlepas ke TV3 baru nak menyesal.. J
No comments:
Post a Comment