Friday, February 18, 2011

Buku Bertemu Ruas, Kijang Hampir Kecundang

Seperti yang dijangka, perlawanan antara Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan menentang T-Team, pasukan yang ‘merampas’ 3 tonggak utama Red Warriors tahun lalu berlangsung sengit di Stadium Sultan Nasarudin Terengganu malam tadi.


Ibarat buku bertemu ruas, Kelantan yang selesa mendahului Liga Super musim ini dipaksa berkerja keras oleh skuad kedua tercorot liga untuk perlawanan pertama kalah mati Piala FA 2011. Walaupun Kelantan mendahului dengan 1-0, bekas penyerang skuad itu Indra Putra cepat menyamakan kedudukan kurang 5 minit untuk mengikat Kijang 1-1.
Kelantan memperoleh peluang keemasan apabila dihadiahkan tendangan penalti pada minit akhir kecederaan, namum kegagalan Norshahrul Idlan Talaha menyempurnakan sepakan akhirnya membawa perlawanan ke masa tambahan seterusnya ke sepakan penalti. Kepayahan kedua2 pasukan bertambah apabila satu demi satu sepakan berjaya membolosi pintu gol. Sehinggalah pemain keenam T-Team menyepak tinggi sepakan terakhir memberikan kemenangan yang cukup bermakna buat Kelantan dengan jaringan 6-5.

Dengan kemenangan ini bermakna Kelantan layak ke pusingan seterusnya manakala T-Team terpaksa melupakan hasrat untuk menjulang Piala FA tahun ini. Apapun, pujian patut diberikan kepada barisan pemain T-Team kerana menunjukkan mutu permainan yang jauh berbeza dari yang ditunjukkan sebelum ini dalam Liga Super. Ternyata mereka membuktikan kemampuan sebenar mereka dan sebagai tanda kebangkitan pasukan berstatus kelab dalam saingan Liga Super selepas ini.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung menyaksikan Harimau Muda A mengalahkan SDM Navy 4-0 di Shah Alam. Walaupun pada awalnya keputusan menurunkan barisan pemain simpanan untuk merehatkan pemain utama yang akan beraksi menentan Pakistan 23 Feb ini dianggap akan memakan diri, namun skuad simpanan turun dengan misi untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka.

Hasilnya skuad kendalian Ong Kim Swee berjaya menewaskan lawan mereka dengan jaringan bergaya 4-0 lantas menemoah tiket ke pusingan kedua yang dijadualkan 4 Mac depan.

Lain-lain perlawanan akan berlangsung malam ini.

No comments: