Keputusan Penuh Astro Liga Super 2011 (12 Feb 2011)
Selepas 3 perlawanan, Kelantan melangkah bergaya menduduki tangga teratas Astro Liga Super apabila menewaskan Johor FC 4-1 di stadium keramat The Red Warriors. Walaupun Johor FC mendahului dengan jaringan 1-0, keadaan itu tidak melunturkan semangat Juara Piala Sumbangsih 2011 untuk menggembirakan ribuan penyokong fanatik mereka.
Perak pula semakin garang apabila menundukkan antara pasukan pilihan iaitu Negeri Sembilan dengan 2-0. Kekalahan yang menyaksikan Negeri Sembilan terpaksa turun ke tangga 4 liga.
T-Team yang dikuatkan dengan 3 tonggak utama Kelantan pula masih tidak mampu menemui rentak mereka setelah kalah buat kali ke 2 dalam 3 perlawanan. Semangat juang Harimau Muda A berjaya menumbangkan T-Team dengan jaringan 3-1. Walaupun T-Team menunjukkan peningkatan pada minit2 akhir perlawanan..namun keadaan sudah terlambat untuk mereka bangkit.
Selangor yang menurunkan Safee Sali buat kali terakhir musim ini gagal mengejar Kelantan setelah hanya mampu seri dengan pasukan jiran, Kuala Lumpur.
Antara pasukan pilihan lain yang tewas termasuk Kedah dan Pahang yang gagal menewaskan lawan masing2 iaitu Sabah dan Felda United.
Carta terkini Astro Liga Super 2011.
No comments:
Post a Comment