Selangor nyata masih berbisa walaupun tanpa penyerang utama Safee Sali yang berpindah ke kelab Pelita Jaya, Indonesia. Skuad Red Giant menewaskan Terengganu di Shah Alam 3-2 semalam. Walaupun mendahului dengan jaringan bergaya 3-0, kelekaan Selangor di gelanggang sendiri hamper memakan diri apabila Terengganu hampir mengejar dengan 2 jaringan. Kemenangan meletakkan Selangor di tangga ke 4 liga dengan beza Cuma 3 mata dari pendahulu, Kelantan.
Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan K.Lumpur 2-0. Negeri Sembilan pula kecundang buat kali ke-2 ditangan Felda United.
Selepas 4 perlawanan, T-Team dan Perlis masih gagal mencapai sebarang kemenangan.
Apa pun, Liga Super berehat seminggu untuk member peluang kepada perlawanan pertama piala FA yang dijadualkan pada 19 hb ini. Perlawanan antara Kelantan dan T-Team pastinya menjadi tumpuan apabila 3 tonggak utama Kelantan tahun lalu bakal diturunkan untuk menentang The Red Warriors untuk perlawanan kalah mati.
Kelantan gagal dipusingan pertama tahun lepas setelah ditewaskan Kedah digelanggang keramat mereka.
No comments:
Post a Comment