Hasrat Kelantan untuk meneruskan rekod bersih tanpa kalah musim ini akhirnya lebur di Pahang. The Red Warriors terpaksa menanggung kekalahan 0-2 ditangan anak buah Dollah Salleh yang beraksi cemerlang digelanggang sendiri. Walaupun kalah, Kelantan terus menduduki tangga teratas liga, namum berkongsi mata dengan Felda United dan Selangor.
Selepas perlawanan ke 7, hanya Perak yang mampu mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mengikat T-Team 0-0 di Terengganu.
Terengganu dan Negeri Sembilan pula gagal menggunakan kelebihan gol awal apabila terpaksa tunduk 2-1 pada lawan masing2 iaitu Kedah dan Selangor.
Keputusan Liga Super 2011, perlawanan ke 7. Hanya satu lagi perlawanan yang dijadualkan berlangsung esok antara Harimau Muda A menentang Sabah.
Liga Super akan berehat sekali lagi untuk memberi ruang kepada perlawanan suku akhir pertama dan kedua Piala FA. Kedua2 perlawanan dijadualkan pada 15 dan 19 Mac ini
No comments:
Post a Comment