Salam...dah agak lama rasenya tak menulis kat blog ni. Maklumla agak sibuk kebelakangan ni. Paper pun, rasenya blum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Safee Sali. Dengan kabar Safee dah start cipta nama di Indonesia. Mana taknya, selepas meledak 3 gol dalam 2 perlawanan persahabatan, Safee menunjukkan ketajaman serangannya sekali lagi bila menjaringkan gol tunggal kemenangan untuk Pelita Jaya dalam penampilan pertamanya di saingan Liga Super Indonesia.
Kadang2 sy terfikir jugak, dulu bukan main lagi peminat bola sepak Indonesia mengutuk dan membenci team dan player kita. Mungkin tak semua, tapi tahap kebencian tu agak melampau bagi sy. Tapi skarang, apa dah jadi? Player kita juga yang akhirnya ditagih untuk membantu bola sepak diorang. Dengar kata ada pula khabar yang mengatakan mereka juga mula menaruh minat untuk menyunting penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha untuk membantu skuad mereka disana. Tapi setakat ini tiada keputusan yang dibuat. Lagipun Norshahrul masih terikat kontrak dengan The Red Warriors, dah pastinya sukar untuk Tan Sri Annuar Musa melepaskan pemain harapan untuk pasukan yang berada di tangga teratas Liga Super itu.
Harapnya dengan penampilan Safee Sali disana, dapatla tanggapan buruk sebelum ni tu dibuang jauh2..skali gus memulihkan kembali hubungan dan sikap hormat menghormati antara kedua2 negara. Untuk Saefee Sali, teruskan rentak cemerlang anda, kami disini tumpang bangga dengan kejayaan anda!
Okay lupakan sekejap pasal Liga Super Indonesia, malam ini ada misi penting untuk Harimau Muda kita. Misi mempertahankan kelebihan 2 gol yang dijaringkan di Shah Alam tempoh hari. Malam ini, skuad Malaysia akan turun menentang Pakistan di Lahore. Disebalik kekecohan yang sedang bergolak di Pakistan, mari kita doakan semoga skuad kita selamat disana. Dan semoga pulang membawa kemenangan kepada jutaan rakyat Malaysia yang dahagakan kebangkitan bola sepak negara!
Secara peribadi, sy percaya Malaysia akan menang malam ini. Namun dalam bola sepak, macam2 boleh terjadi. Semoga sokongan kita tetap teguh, tak kirala ketika team kita jatuh atau bangkit!
Ps: Masih mengharap akan ada siaran langsung di RTM malam ini!
No comments:
Post a Comment