Juara Piala FA musim lalu, Negeri Sembilan nampaknya terus menerus menerima tamparan hebat. Selepas tewas 3-0 pada Kelantan dalam saingan Liga Super, Negeri Sembilan sekali lagi diaibkan oleh Kuala Lumpur dalam Pusingan ke 2 Piala FA 2011, sekali gus terpaksa melupakan hasrat untuk mempertahankan piala yang dimiliki tahun lepas.
Oktober tahun lepas, Negeri Sembilan juga kehilangan Piala Malaysia yang dimiliki pada 2009 apabila tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi final di Stadium Bukit Jalil. Malam tadi, perlawanan seri tanpa jaringan memaksa keputusan ditentukan melalui sepakan penalty, yang berakhir dengan 2-4 memihak kepada Kuala Lumpur. Lain-lain keputusan malam tadi:
Negeri Sembilan 0 Kuala Lumpur 0 (Penalti 2-4)
Selangor 2 Harimau Muda B 1
ATM 2 Terengganu 3
Harimau Muda A 1 Johor 2
Perak 3 Sime Darby 0
Kelantan 1 Johor FC 0
Felda United 1 Kedah 0
Pahang 3 PKNS 1
Selain Negeri Sembilan, Kedah dan Harimau Muda A yang dianggap pasukan pilihan juga gagal ke Suku Akhir Piala FA 2011. Itulah dia bola sepak, macam-macam boleh terjadi. Carta Piala FA selepas pusingan ke 2.
No comments:
Post a Comment