Bagaikan pesta gol!. Itu saja yang boleh saya katakan apabila Terengganu dan Kelantan menang bergaya ke atas lawan masing2 dengan jaringan 3 - 0 dalam perlawanan ke 6 saingan Liga Super semalam. Tambah menarik apabila lawan masing2 bukan calang-calang pasukan. Pahang pula mencatat keputusan seri 2-2 dengan Sabah.
Terengganu contohnya menundukkan Johor FC yang menunjukkan kebangkitan dalam perlawanan pertama Piala FA minggu lepas. Kelantan pula menundukkan lawan yang menentangnya dalam Final Piala Malaysia 2010, iaitu Negeri Sembilan. Walaupun baru diturunkan untuk pertama kali, penyerang Khalid Jamlus bertindak bijak untuk mengkucar kacirkan pertahanan N9 dan mengatur serangan bersama Norshahrul Idlan Talaha untuk Kelantan.
Selangor yang pada awalnya risau apabila turun menentang Kedah, boleh menarik lafas lega dan bangga setelah berjaya menewaskan pasukan tersebut 2-0. Kedah yang berjaya mengikat Kelantan pada perlawanan lepas ternyata tidak berdaya menyekat kebangkitan semula The Red Giant di Shah Alam semalam.
Selepas mencatat kemenangan pertama Sabtu lalu, T-Team kembali ke kedudukan kedua tercorot apabila dimalukan Felda United 2-0. Manakala Perlis kekal ditangga tercorot setelah seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur.
Saingan Liga Super bakal berehat sekali lagi untuk memberi ruang kepada perlawanan pusingan kedua Piala FA 2011. Perlawanan bakal dilangsungkan pada 4 dan 5 Mac ini.
No comments:
Post a Comment