Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Gelanggang The Red Warriors Jadi Pilihan

Sumber dari HMetro

SKUAD bola sepak kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal akan berkunjung ke Kota Bharu bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Myanmar, 18 Jun ini selepas FAM bersetuju mengadakan perlawanan itu di luar Lembah Klang.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad keputusan dibuat selepas mempertimbangkan permohonan rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menganjurkan perlawanan itu di Stadium Sultan Mohamed ke-IV.

“Keputusan ini akan memberi peluang kepada penyokong skuad kebangsaan di Pantai Timur melihat aksi pemain negara. Malah selepas perbincangan dengan Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah), selepas ini mana-mana persatuan negeri yang mahu menjadi tuan rumah perlawanan persahabatan antarabangsa boleh berbuat demikian asalkan stadium yang digunakan menepati standard yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media semalam.
Azzuddin berkata, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah memberikan kelulusan bagi perlawanan itu diadakan di stadium yang mempunyai kapasiti penonton sebanyak 18,000.

Skuad kebangsaan Myanmar yang dibimbing jurulatih Milan Zivadenovic akan tiba di Kota Bharu pada 16 Jun sementara skuad Malaysia akan berkumpul pada 15 Jun bagi sesi latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya sebelum bertolak ke venue perlawanan pada 17 Jun.

Perlawanan persahabatan itu antara rangka persiapan Rajagobal dalam menyediakan skuad terbaik menjelang perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Jun ini dan akan bertandang ke gelanggang lawan pada 3 Julai.
Tiket bagi perlawanan di Kota Baharu berharga RM15 bagi tempat duduk terbuka, RM30 hingga RM50 bagi Grand Stand dan RM5 untuk kanak-kanak.


Malaysia VS Kemboja (Persahabatan)

Sumber dari HMetro

APA sudah jadi dengan skuad Olimpik negara apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada skuad kebangsaan Kemboja, 1-0 pada aksi persahabatan, semalam sekali gus memberi tamparan hebat buat jurulatih Ong Kim Swee menjelang misi utama perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik menentang Lubnan 19 Jun ini.
Menurut Kim Swee, sikap ambil mudah anak buahnya ternyata membawa padah apabila mereka gagal bangkit sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri selepas ketinggalan satu gol pada awal babak pertama menerusi jaringan Kouch Sokumpheak.

“Saya hanya boleh menilai prestasi pemain dalam tempoh 60 minit sebelum hujan lebat, saya sudah menjangkakan perlawanan dengan skuad kebangsaan Kemboja ini bukan mudah.
“Pemain harus ingat, selepas kita menjuarai Piala AFF dan Sukan Sea, jangan ingat pasukan lain tidak membuat persiapan. Kekalahan ini pengajaran berguna buat pemain supaya tidak mengambil mudah kerana gol yang kita lepaskan adalah atas sebab kesilapan sendiri,” katanya selepas perlawanan.

Sebaik permainan bermula, pasukan tuan rumah kendalian Lee Tae-Hoon dari Korea beraksi lebih kemas dengan permainan pantas sehingga menyukarkan pemain negara khususnya di bahagian tengah yang diterajui Gary Steven Robbart berfungsi dengan baik.

Selepas 10 minit beraksi, Kemboja yang bermain di laman sendiri berjaya membuka tirai jaringan apabila penyerang lincah, Sokumpheak berjaya memperdayakan dua pemain pertahanan, Mahali Jasuli dan Mohamad Muslim Ahmad sebelum melepaskan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.
Satu-satunya percubaan terbaik diperoleh skuad negara yang hampir kesemuanya pemain Harimau Muda A kecuali pemain pertahanan dari Terengganu, Mohd Zubir Azmi adalah menerusi percubaan Mohd Fandi Othman namun sepakannya mudah dibaca penjaga gol lawan.

Aksi keras ditunjukkan Malaysia menyebabkan tiga pemain Izzaq Faris Ramlan, Gari dan Mahali di layangkan kad kuning pada babak pertama.
Permainan anak buah Kim Swee tidak banyak berbeza pada babak kedua sehingga memaksa jurulatih negara itu membuat beberapa pertukaran termasuk membawa masuk Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir dan Mohamad Faizal Abu Bakar menggantikan Mahali, Gary Steven dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Strategi itu tampak memberi kesan apabila skuad Olimpik mula melancarkan asakan bermula dengan rembatan jarak jauh Mohamad Faizal yang sedikit tersasar pada minit ke-67.

Namun kebangkitan pemain negara selepas itu terjejas akibat hujan lebat yang menyaksikan hantaran-hantaran mereka tersekat di atas padang yang digenangi air.

Skuad negara akan kembali ke tanah air hari ini untuk meneruskan sesi latihan pusat dan bertolak ke Doha bagi aksi perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik Qatar pada 13 Jun sebelum bertemu Lubnan di Beirut pada 19 Jun.

Aksi kedua perlawanan kelayakan Olimpik itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun.

Friday, June 3, 2011

Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong (3 Jun 2011)

Hong Kong 1 - Malaysia 1 
Gol Malaysia dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya.



Thursday, April 14, 2011

Ranking FIFA Malaysia Jatuh ke tangga 144

Berita sedih buat peminat bola sepak negara. Ranking Malaysia dalam FIFA kini jatuh 6 anak tangga daripada 138 ke 144. Sebabnya? Kerana tiada perlawanan kelas A yang disertai Malaysia sepanjang bulan Mac. Walaupun sekadar nombor, tapi sedikit sebanyak agak mengecewakan kerana bermula selepas kemenangan merangkul Piala AFF Suzuki, prestasi dan kedudukan Malaysia semakin meningkat. Susah sangat nak naik ke tangga 138, tapi akhirnya jatuh dengan mudah.

Rasanya FAM perlu memilih pasukan lawan yang berkelas A untuk persahabatan nanti. Contohnya friendly match dengan kelab Etoile FC tu, langsung tak dikira memandangkan pasukan itu hanya berstatus kelab. 

Sumber dari Utusan 15 April 2011:

Malaysia jatuh enam tangga ranking FIFA

KUALA LUMPUR - Ketiadaan perlawanan persahabatan berkelas A sepanjang Mac lalu jelas memberikan kesan negatif kepada skuad bola sepak kebangsaan dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin.
Berdasarkan semakan, Malaysia yang berada di tangga ke-138 pada 9 Mac lalu sekadar berada di tempat ke-144 pada kali ini, menandakan kemerosotan enam anak tangga dan itu merupakan kali pertama ranking Harimau Malaya mengalami kejatuhan semenjak November tahun lalu.
Malahan, di kalangan negara Asia, Malaysia juga mengalami kejatuhan tiga anak tangga apabila berada di tangga ke-24 berbanding ke-21 pada bulan lepas sementara bagi rantau Asia Tenggara, skuad negara masih kekal di belakang Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Walaupun begitu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan kedudukan ranking itu tidak melambangkan apa-apa pada prestasi terkini negara.
"Dari segi ranking FIFA, mungkin kita jatuh kerana tidak dapat bermain sebarang perlawanan persahabatan berkelas A namun bagi saya itu bukan keutamaan.
"Kita sendiri boleh perhatikan, semenjak kita menjuarai Piala Suzuki AFF lalu, prestasi kita masih konsisten dan tidak pernah kalah dalam dua perlawanan persahabatan terakhir lalu.
"Apa yang lebih mustahak dalam masa terdekat ini ialah jurulatih dan pemain mengekalkan prestasi positif menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2014," katanya.
Aksi persahabatan Malaysia bertemu Etoile FC yang menyaksikan Harimau Malaya seri 1-1 pada 26 Mac lalu di Stadium Jalan Besar, tidak mendapat sebarang pengiktirafan daripada FIFA kerana ia bukan membabitkan perlawanan antara skuad negara berkelas A.
Sebagai rekod, pencapaian tertinggi Malaysia di dalam ranking FIFA ialah mendapat tempat ke-75 pada bulan Ogos 1993 dan kedudukan terendah ialah berada di tempat ke-170 pada April 2008

Monday, April 4, 2011

Kelayakan Olimpik London Di Kelantan?

Sebelum ini sy ada terbaca artikel dari peminat bola sepak tanah air yang mengesorkan perlawanan pusingan kedua kelayakan olimpik London 2012 antara Malaysia menentang Lebanon diadakan di luar Kuala Lumpur. Logiknya untuk membawa Harimau Malaya lebih dekat kepada peminat dari luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Tup2 semalam terdengar khabar yang Kelantan telahpun menyuarakan pendapat yang sama secara tidak rasmi kepada FAM. Dan khabarnya Ong Kim Swee dah pun setuju. Cuma tunggu green light dari FAM sahaja.

Kalau tanya sy, jawapannya YA! SAYA SETUJU! Tak perlula saya huraikan sampai 10 sebab kenapa saya setuju. Sudah jelas dimata semua peminat bola sepak Malaysia bahawa Kelantan mempunyai penyokong setia bola sepak baik untuk Red Warriors mahupun Harimau Malaya. Malah sudah hampir 3 tahun Stadium Kota Bharu tidak pernah kosong jika ada perlawanan bola sepak, bukan sahaja Liga Super, FA atau Piala Malaysia, malah perlawanan Piala Presiden dan perlwnan persahabatan lain juga dipenuhi oleh tentera2 merah.

Penyokong Kelantan juga membentuk sebuah kumpulan yang dinamakan Ultras Kelantan. Perasan tak pada setiap perlawanan yang melibatkan Malaysia, kita akan nampak bendera berwarna merah putih. Itula Ultras Kelantan, penyokong setia bola sepak Malaysia. Dan pastinya mereka berpakaian kuning atau biru, bukan MERAH! Jadi kalau ada yang mengatakan penyokong Kelantan berpuak2 dan hanya menyokong pasukan negeri mereka, anda silap. Ada sesuatu yang unik tentang peminat bola sepak dari Kelantan, yang tidak terdapat di kalangan penyokong dari negeri lain.

Kenyataan sy ini bukan niat untuk mengangkat mana2 pihak dan menjatuhkan pihak yang lain. Tapi jika anda fikirkan sendiri, anda akan dapati kenyataan sy ini ada benarnya. Apapun, ianya sekadar pandangan dan buah fikiran sy sendiri. Harapnya tidak ada yang terguris atau melenting. :)

Sumber dari Kosmo!


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, hasrat tersebut telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permoho- nan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.
"Hasrat tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC. Sekiranya ia berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang 'hidup dan penuh' bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara.
"Saya sudah sampaikan perkara ini secara tidak rasmi kepada AFC dan sekarang masanya untuk permohonan itu dibuat secara rasmi. Kita mahu tengok bola sepak dimainkan dalam suasana yang hidup dengan stadium penuh sesak," kata Annuar semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan dan Permainan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mene- ngah Rendah Zon Timur 2011 (SUPER) di MRSM Pasir Tumboh semalam.
Annuar melahirkan keyakinan sekiranya perlawanan tersebut diadakan di Kota Bharu, penyokong Kelantan sendiri akan memakai baju kuning dan biru untuk memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee.
Annuar memberitahu, selain daripada sokongan dan kemeriahan semata-mata, semua pihak perlu memandang positif perkara itu sebagai salah satu cara menggalakkan semua pihak menjaga kualiti stadium dan padang masing-masing.
"Bila kita buat macam ini, maka akan meningkatkan kesedaran untuk menaik taraf stadium masing-masing untuk memenuhi piawaian- piawaian tertentu.
"Dengan itu, ia menggalak- kan pembangunan. Kita boleh galakkan perbadanan stadium supaya meningkatkan kualiti padang, bilik persali- nan, malah fasiliti media sekalipun," tegasnya.
Skuad Olimpik negara akan beraksi menentang Lebanon dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.
Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lebanon dan kemudiannya di Malaysia.

Wednesday, March 30, 2011

Cabaran Menanti Harimau Malaya


Semalam undian untuk pusingan kedua kelayakan olimpik London 2012 dan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia baru saja berlangsung. Penantian dan debaran seluruh penyokong Harimau Malaya berakhir sudah.

Untuk pusingan kedua kelayakan olimpik London, saingan makin sukar apabila Malaysia diundi menentang Lubnan. Perlawanan pertama dijadualkan pada 19 Jun dan perlawanan kedua pada 23 Jun depan. Ikhlas saya katakan, lawan kali ni agak sukar, namun saya percaya dengan prestasi yang ditunjukkan sekarang, Harimau Malaya mampu mengaum lagi!

Untuk kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil, undian nampaknya agak memihak kepada kita apabila Malaysia diundi bertemu Taiwan untuk perlawanan pertama. Jika menang, Harimau Malaya akan menentang Singapura dalam perlawanan kedua. Teruja jugak nak tgk Negara sendiri main kat Piala Dunia, siapa tahu one day impian ni akan jadi kenyataan! : ) Perlawanan pertama di Bukit Jalil dijadualkan pada 29 Jun, manakala timbal balik di Taiwan pada 3 Julai. Kalau ikut ranking FIFA, Malaysia ditangga 138 while Taiwan ditangga 147. Harap2 ranking ni pun bleh bagi keyakinan kat anak buah Rajagobal nanti.

Tuesday, March 8, 2011

Malaysia vs Pakistan Malam Ini!

Salam...dah agak lama rasenya tak menulis kat blog ni. Maklumla agak sibuk kebelakangan ni. Paper pun, rasenya blum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Safee Sali. Dengan kabar Safee dah start cipta nama di Indonesia. Mana taknya, selepas meledak 3 gol dalam 2 perlawanan persahabatan, Safee menunjukkan ketajaman serangannya sekali lagi bila menjaringkan gol tunggal kemenangan untuk Pelita Jaya dalam penampilan pertamanya di saingan Liga Super Indonesia.

Kadang2 sy terfikir jugak, dulu bukan main lagi peminat bola sepak Indonesia mengutuk dan membenci team dan player kita. Mungkin tak semua, tapi tahap kebencian tu agak melampau bagi sy. Tapi skarang, apa dah jadi? Player kita juga yang akhirnya ditagih untuk membantu bola sepak diorang. Dengar kata ada pula khabar yang mengatakan mereka juga mula menaruh minat untuk menyunting penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha untuk membantu skuad mereka disana. Tapi setakat ini tiada keputusan yang dibuat. Lagipun Norshahrul masih terikat kontrak dengan The Red Warriors, dah pastinya sukar untuk Tan Sri Annuar Musa melepaskan pemain harapan untuk pasukan yang berada di tangga teratas Liga Super itu.

Harapnya dengan penampilan Safee Sali disana, dapatla tanggapan buruk sebelum ni tu dibuang jauh2..skali gus memulihkan kembali hubungan dan sikap hormat menghormati antara kedua2 negara. Untuk Saefee Sali, teruskan rentak cemerlang anda, kami disini tumpang bangga dengan kejayaan anda!

Okay lupakan sekejap pasal Liga Super Indonesia, malam ini ada misi penting untuk Harimau Muda kita. Misi mempertahankan kelebihan 2 gol yang dijaringkan di Shah Alam tempoh hari. Malam ini, skuad Malaysia akan turun menentang Pakistan di Lahore. Disebalik kekecohan yang sedang bergolak di Pakistan, mari kita doakan semoga skuad kita selamat disana. Dan semoga pulang membawa kemenangan kepada jutaan rakyat Malaysia yang dahagakan kebangkitan bola sepak negara!

Secara peribadi, sy percaya Malaysia akan menang malam ini. Namun dalam bola sepak, macam2 boleh terjadi. Semoga sokongan kita tetap teguh, tak kirala ketika team kita jatuh atau bangkit!

Ps: Masih mengharap akan ada siaran langsung di RTM malam ini!

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia Vs Pakistan : Keputusan Penuh Perlawanan Pertama


Malaysia 2 Pakistan 0
Indonesia 1 Turkmenistan 3
Thailand 1 Palestine 0
Iran 1 Kyrgyzstan 0
India 2 Myanmar 1
Oman 0 Tajikistan 1
Malaysia menamatkan perlawanan pertama pusingan kelayakan olimpik dengan kemenangan yang agak selesa ke atas Pakistan. Walaupun berdepan dengan hanya 10 pemain pada separuh masa ke2, skuad Negara gagal menambah derita Pakistan apabila cubaan demi cubaan di depan gol lawan gagal diterjemahkan dengan jaringan.
Tidak keterlaluan kalau saya katakana, kita boleh menang dengan 5-0. Tengok sajalah pada percubaan2 bahaya yang diajukan oleh pemain kita. Cuma nasib yang tidak menyebelahi mereka. Apapun, kita menang malam ni. Bekalan 2 gol akan dibawa ke Lahore 9 Mac depan.
Jurulatih skuad Negara perlu mengambil inisiatif segera untuk menggerakkan jentera serangan yang agak tumpul pada pandangan sy. Kedua2 gol dijaringkan pemain tengah. Malah banyak hantaran2 menarik yang dilakukan pemain tengah, Cuma jentera serangan gagal menterjemahkannya kepada jaringan.
Untuk barisan pertahana, sy rasa mereka bermain dengan baik terutama Muslim dan Apek. Tahniah buat penyokongdan pemain Malaysia. Tahniah juga buat RTM yang akhirnya menyiarkan perlawanan malam ini.
Untuk pasukan Indonesia, perjalanan mereka nampaknya semakin sukar apabila kalah 1-3 kepada Turkmenistan di gelanggang sendiri. Dengan 3 bolos ditempat sendiri, agak sukar untuk skuad intu bangkit.

Malaysia Vs Pakistan : 45 Minit Pertama

Malaysia 2 Pakistan 0
Tahniah buat anak muda Malaysia! Asakan ke gol lawan sejurus wisel sepak mula dibunyikan ternyata membuahkan hasil apabila Malaysia memperoleh gol seawall minit ke 3. Gol yang pastinya mengubah corak permainan kedua2 pasukan.
Gol kedua Negara hadir pada minit ke 45 +3. Gol hasil gerakan balas Malaysia seminit selepas penyerang Pakistan dilayangkan kad merah kerana mengasari penjaga gawang Negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Apa yang pasti perlawanan separuh masa kedua nanti pasti menarik buat pasukan Negara kerana berdepan dengan hanya 10 pemain Pakistan. InsyaAllah kita mampu menang malam ni. Harimau Malaya Boleh!

Tuesday, February 22, 2011

Preview Malaysia vs Pakistan


Pertama sekali sy nak ucapkan tahniah buat “Apek” atau Khairul Fahmi Che Mat kerana dilantik sebagai kapten dalam perlawanan menentang Pakistan malam ini. Pastiya seluruh peminat bola sepak Negara mengharapkan kemenangan dalam perlawanan pertama ini.

Begitu juga dengan skuad Harimau Malaya dan pihak pengurusan, mereka menyasarkan kemenangan dengan jaringan yang besar malam ini, agar bekalan selesa dapat dibawa ke Lahore dalam perlawanan kedua 9 Mac depan.

To Harimau Malaya, doa kami seluruh rakyat Malaysia agar kalian dapat bermain dengan baik dan meraih kemenangan. InsyaAllah. Malaysia Boleh!

Sunday, February 20, 2011

Malaysia vs Pakistan

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan pasukan Pakistan untuk perlawanan pertama kelayakan Olimpik Rabu ini. Ayuh kita gegarkan Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Negara kita.
Jika dilihat pada ranking, Malaysia berada ditangga 140 FIFA manakala Pakistan ditangga 171 FIFA. Diharap skuad kendalian K.Rajagobal ini akan meneruskan rentak kecemerlangan selapas menjuarai Piala AFF Suzuki dan kejayaan menundukkan Hong Kong 2-0 bulan lalu.
Untuk Harimau Malaya, rakyat Malaysia skarang dahagakan kemenangan. Teruskan usaha agar kami dapat melihat nama Malaysia di sukan Olimpik nanti.
To supporters, kalah menang perkara kedua..yang penting sokongan padu diperlukan oleh barisan pemain muda kita. Jangan plak sokong time menang, kutuk time kalah.

Monday, February 14, 2011

Harimau Malaya dapat habuan lagi

Kayo budak2 ni skarang..hehe. Dalam masa tak sampai 3 bulan, cuba kira dah berapa yang diorang dapat. Tambah lagi yang dihadiahkan oleh negeri masing2..huishh berpeluh nak kira ni. Apa pun tahniah Harimau Muda, semoga habuan ini dapat meningkatkan lagi motivasi korang.

Jangan lupa kalahkan Pakistan 23 Feb nanti!

Sumber dari Kosmo!

REZEKI barisan 22 pemain yang membawa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus bertambah.

Semalam, kesemua 22 pemain itu serta ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menerima RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ganjaran menjulang trofi terunggul Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun.

Ganjaran tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada satu majlis khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

"Saya cukup gembira kerana selepas berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kita berjaya pula menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

"Para pemain telah memberi sepenuh jiwa raga mereka untuk memenangi piala ini. Kita semua patut berasa bangga dengan kejayaan ini," titah Sultan Ahmad Shah ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Pada 12 Januari lalu, kesemua 22 pemain negara itu telah menerima ganjaran berjumlah RM65,000 daripada Kerajaan Malaysia yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa dikira ganjaran tambahan yang diperolehi beberapa pemain daripada kerajaan negeri masing-masing, setiap pemain skuad Piala Suzuki AFF 2010 itu kini sudah menerima durian runtuh berjumlah RM115,000.

Sultan Ahmad Shah seterusnya mahu barisan pemain-pemain muda negara mengorak langkah untuk mencipta satu lagi sejarah layak ke Sukan Olimpik 2012 di London dengan melepasi saingan kelayakan yang akan bermula 23 Februari depan.

Namun ditanya sama ada jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee turut akan membimbing skuad Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan, titah baginda: "Kita akan putuskan siapa jurulatih Sukan SEA pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 23 Februari depan."

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Rajagobal akan membantu Kim Swee untuk Sukan SEA 2011 tetapi tidak jelas sama ada Rajagobal akan bertindak sebagai ketua jurulatih atau sekadar penasihat pasukan.

Turut berlangsung semalam, mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah tetapi jumlah geran kewangan kepada setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier musim ini masih dirahsiakan nilainya

Wednesday, February 9, 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong (2-0)

Sembang2 yang mengatakan perjuangan dan semangat skuad Harimau Muda selepas meraih Piala AFF Suzuki 2010 hanya sperti hangat2 tahi ayam ternyata tanggapan yang salah. Tuduhan itu dinafikan oleh Harimau Malaya apabila menang bergaya ketika turun menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan di Shah Alam semalam.

Jaringan Kapten Sapiq Rahim dan Amirulhadi Zainal ternyata melenyapkan harapan Hong Kong untuk membenam Malaysia digelanggang sendiri.

Jika diukur dari segi ranking, memang Malaysia layak menang dengan ranking ke 140 dunia berbanding Hong Kong di tangga 143 dunia. Namun corak permainan yang pantas pasukan Hong Kong boleh disamakan dengan corak permainan China, Jepun dan Korea. Oleh itu, kemenangan semalam bolehdan patut dibanggakan. Pujian seharusnya diberikan kepada anak buah K.Rajagobal apabila menunjukkan persembahan yang mantap selepas rehat yang agak lama selepas menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Pakistan di Bukit Jalil dalam satu lagi persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada 23 Feb depan. Apa yang pasti, peminat mahu melihat skuad Negara terus cemerlang dalam arena antarabangsa. Jika kemenangan berjaya dicatat keatas pasukan yang gah dan kuat seperti Pakistan ini, ia merupakan satu petanda yang sangat baik untuk pasukan kita dan seluruh peminat Harimau Malaya.

Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti kita mampu melihat Malaysia beraksi dalam Piala Dunia..siapa sangka kan?