Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Harimau Malaya dapat habuan lagi

Kayo budak2 ni skarang..hehe. Dalam masa tak sampai 3 bulan, cuba kira dah berapa yang diorang dapat. Tambah lagi yang dihadiahkan oleh negeri masing2..huishh berpeluh nak kira ni. Apa pun tahniah Harimau Muda, semoga habuan ini dapat meningkatkan lagi motivasi korang.

Jangan lupa kalahkan Pakistan 23 Feb nanti!

Sumber dari Kosmo!

REZEKI barisan 22 pemain yang membawa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus bertambah.

Semalam, kesemua 22 pemain itu serta ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menerima RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ganjaran menjulang trofi terunggul Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun.

Ganjaran tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada satu majlis khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

"Saya cukup gembira kerana selepas berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kita berjaya pula menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

"Para pemain telah memberi sepenuh jiwa raga mereka untuk memenangi piala ini. Kita semua patut berasa bangga dengan kejayaan ini," titah Sultan Ahmad Shah ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Pada 12 Januari lalu, kesemua 22 pemain negara itu telah menerima ganjaran berjumlah RM65,000 daripada Kerajaan Malaysia yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa dikira ganjaran tambahan yang diperolehi beberapa pemain daripada kerajaan negeri masing-masing, setiap pemain skuad Piala Suzuki AFF 2010 itu kini sudah menerima durian runtuh berjumlah RM115,000.

Sultan Ahmad Shah seterusnya mahu barisan pemain-pemain muda negara mengorak langkah untuk mencipta satu lagi sejarah layak ke Sukan Olimpik 2012 di London dengan melepasi saingan kelayakan yang akan bermula 23 Februari depan.

Namun ditanya sama ada jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee turut akan membimbing skuad Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan, titah baginda: "Kita akan putuskan siapa jurulatih Sukan SEA pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 23 Februari depan."

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Rajagobal akan membantu Kim Swee untuk Sukan SEA 2011 tetapi tidak jelas sama ada Rajagobal akan bertindak sebagai ketua jurulatih atau sekadar penasihat pasukan.

Turut berlangsung semalam, mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah tetapi jumlah geran kewangan kepada setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier musim ini masih dirahsiakan nilainya

Monday, February 7, 2011

Safee Sali Sah ke Liga Indonesia

Teka teki samada penyerang berbisa Selangor, Safee Sali akan ke Liga Indonesia terjawab semalam setelah FAS membuat sidang media bersama Safee untuk mengumumkan penghijrahan Penjaring Gol Terbanyak AFF Suzuki Cup 2010 itu ke Indonesia. FAS selaku agen Safee Sali memilih kelab Pelita Jaya yang menduduki tempat tercorot dalam Liga di Indonesia. Safee Sali yang megikat kontrak selama 1 tahun dengan Pelita Jaya berjanji untuk membantu pasukan barunya menduduki tempat yang lebih baik dalam carta liga.

Perlawanan Liga Super antara Selangor menentang K.Lumpur Sabtu ini akan menjadi penampilan terakhir Safee bersama Selangor.

Mungkin ramai yang memperkatakan mengenai perpindahan ke kelab tercorot dan juga ke Liga Indonesia yang tarafnya lebih kurang sama dengan Liga M. Apa yang pasti, Safee dan FAS sudah pasti mempunyai alasan tersendiri untuk keputusan ini.

Bagi saya, dari segi pengalaman yang bakal ditimba..tidak kira sehebat atau seteruk mana liga sesebuah negara, jika ianya berlainan dengan Liga M, pasti ada sesuatu yang bakal diperolehi oleh Safee. Jika dulu, penyokong Indonesia lantang mengutuk dan mencaci pemain Malaysia ketika menentang Indonesia pada AFF Suzuki Cup 2010..kini mereka seolah-olah menjilat ludah sendiri apabila menagih khidmat pemain kita dalam Liga Indonesia.

Yang pasti, keputusan yang baik telah dilakukan oleh Safee dan FAS dalam isu ini. Buat Safee, syabas dan selamat berjaya dari sy. Semoga pengalaman yang bakal ditimba bersama pemain2 import lain di Liga Indonesia dapat digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan mutu bola sepak Malaysia.

Petikan dari Kosmo!

TEKA-TEKI mengenai hasrat penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali untuk beraksi di luar negara akhirnya terjawab. Penyerang berusia 27 tahun itu sah akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya bermula pada 14 Februari ini.

Pengumuman berhubung perkara itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad pada satu sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya semalam.

Menurut Mokhtar, selain Pelita Jaya, pihak FAS telah menerima tiga lagi tawaran daripada kelab Indone- sia yang turut menyatakan hasrat mereka mendapatkan khidmat Safee.

Bagaimanapun, pihak FAS telah memutuskan untuk menerima tawaran yang dibuat oleh Pelita Jaya kerana menganggap ia adalah yang terbaik.

“Kami (FAS) tidak menggunakan mana-mana ejen. FAS sendiri bertindak sebagai ejen kepada Safee.

“Disebabkan Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) mempunyai hubungan yang erat dengan pegawai bola sepak di Indonesia, segala rundingan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

“Kontrak telah disediakan dan majlis menandatanganinya akan diadakan pada Isnin depan (14 Februari) di Indonesia,” kata Mokhtar.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Safee sendiri, Hamidin dan pengurus merangkap ketua juru- latih Selangor, K. Devan.

Bagaimanapun, FAS tidak mendedahkan jumlah bayaran yang dikenakan ke atas Pelita Jaya bagi menebus kontrak Safee bersama Selangor yang hanya akan tamat pada November depan.

Jelas Hamidin, pihak FAS dan Pelita Jaya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai perpindahan dan jumlah gaji yang bakal diterima oleh Safee.

“Apa yang saya boleh katakan adalah Safee akan mengikat kontrak selama setahun bersama Pelita Jaya iaitu sehingga 31 Januari 2012.

“Namun, mengikut syarat yang telah ditetapkan, Safee perlu kembali beraksi bersama Selangor sebaik sahaja kontraknya tamat kelak.

“Jadi perlawanan antara Selangor dengan Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee dengan Selangor,” jelas Hamidin.

Sunday, January 16, 2011

Safee Akur

Rasanya semua dah tahu yang penyerang sensasi negara yang menyarung jersi Selangor dalam Liga M 2011 dirisik beberapa kelab dari Indonesia. Ini semestinya result dari kejayaan Safee muncul sebagai penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 dan sumbangan beliau yang membantu pasukan negara muncul buat julung kalinya sebagai juara Piala AFF Suzuki 2011. Macam2 reaksi yang diterima dari pelbagai pihak bila Safee sendiri mengaku berhajat untuk berhijrah ke liga Indonesia. Ada reaksi positif dan ada juga yang negatif, tapi bagi sy ada eloknya kalau buat masa skrang ni beliau stay dengan Liga Malaysia dulu. Bukan ape, dengan kehadiran Safee dalam Liga M, bukan shaja mutu persembahan bola sepak tempatan yang meningkat, malah pemain2 lain pun pastinya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi Safee kan? Lagipun jika ke kelab Indonesia yang mana pasukan negaranya dah tewas dengan kita, berbaloi ke? Rasanya liga kita lagi berprestij. Ditambah pula dengan kebencian penyokong dan warga Indonesia terhadap Malaysia kebelakangan ini, maka faktor keselamatan juga perlu diambil kira. Apa pun semua nya bergantung kepada Persatuan Bola Sepak Selangor samada mahu melepaskan Safee atau tidak. Sumber dan berita lanjut dipetik dari Kosmo! bertarikh 16 Jan 2011

Safee Akur

BIARPUN hatinya meronta-ronta untuk menimba pengalaman pada liga bola sepak luar negara, penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali akur sekiranya pengurusan Selangor terus berkeras tidak mahu melepaskannya.

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu berkata, dia berkemungkinan memilih untuk terus beraksi dengan Selangor sehingga tamat kontrak pada akhir tahun ini.

“Sekiranya perundingan rasmi ketiga-tiga kelab Liga Indonesia dengan pengurusan Selangor yang sedang ber langsung sekarang menemui kegagalan, saya harus menghormati perjanjian yang telah dibuat dengan Selangor.

“Namun selepas itu, saya akan terus berusaha untuk mengintai peluang semula bermain di luar negara kerana ingin belajar sesuatu yang baru,” luah Mohd. Safee.

Mohd. Safee ditemui ketika dirai oleh lebih 3,000 penduduk sekitar Tapah dalam majlis khas sempena kepulangannya ke kampung halaman anjuran Persatuan Bola Sepak Batang Padang

di Stadium Mini Tapah semalam.

Tiga kelab Indonesia yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 27 tahun itu ialah Persib Bandung, Balik Papan dan Pelita Jaya.

Dalam pada itu, Mohd. Safee meluahkan keinginan untuk menabur bakti bermain untuk skuad Perak sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Selepas menimba pengalaman di luar negara, saya berniat untuk menyarung jersi Perak, negeri saya dibesarkan dan mendapat pendedahan awal bola sepak,” katanya.

Pada majlis sama, dia menerima ganjaran RM10,000 yang dijanjikan kerajaan negeri Perak berikutan kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Turut menerima insentif tersebut ialah pemain pertahanan negara, Sabre Mat Abu, 23, dan Fadhli Shas, 19, yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sementara jurulatih penjaga gol negara, Fauzi Mukhlas pula meraih RM3,000.

Bagaimanapun, Fadhli tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A.

Terdahulu, Mohd. Safee, Sabre dan Fauzi diarak dengan menaiki sebuah kereta antik model Triumph TR4 dengan diiringi lebih 100 motosikal berkuasa tinggi sejauh kira-kira enam kilometer dari rumah ibu bapa Mohd. Safee di Temoh, Tapah.

Thursday, January 13, 2011

Terima Kasih RTM!

Terima kasih, hanya itu yang mampu diucapkan kepada RTM atas usaha murni untuk terus menyiarkan siaran langsung Liga M 2011. Tentu ramai peminat bola sepak yang gusar bila dikhabarkan Astro adalah penyiar rasmi Liga M untuk musim ini. Namun, RTM nampaknya meneruskan niat murni demi pembangunan sukan tanah air terutamanya bola sepak apabila telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pihak Astro untuk membeli slot siaran langsung. Fuuhh..lega bila dapat tahu berita ni. Lagi berita dari Kosmo!

RTM tetap siar Liga M 2011

SEBAGAI memahami kehendak rakyat, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan berusaha sedaya upaya memastikan siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 disiarkan di saluran televisyen percuma itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Ibrahim Yahaya, perbincangan sudah pun diadakan bersama pemegang baru hak penyiaran Liga M iaitu Astro dan dijangka akan mencapai persetujuan dalam masa terdekat.

"Para peminat bola sepak tempatan tidak perlu gusar kerana kita (RTM) tetap akan beli hak siaran untuk Liga M musim 2011 ini berdasarkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

"Melalui perbincangan baru-baru ini, kita meminta supaya kadar yang perlu dibayar RTM kepada Astro sama seperti yang kita bayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun-tahun sebelum ini.

"Segalanya kini berjalan lancar dan kita cuma hanya menunggu sebelum ia dimuktamadkan mene- rusi satu perjanjian dengan pihak Astro," katanya ketika ditemui Kosmo! di Angkasapuri, Kuala Lumpur petang semalam.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, FAM mengumumkan Astro sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak ekskusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Ibrahim turut memberitahu, usaha mendapatkan hak penyiaran Liga M 2011 itu dibuat memandangkan RTM merupakan badan penyiaran awam yang berperanan untuk menyemarakkan budaya sukan di negara ini.

"Kita tidak memikirkan soal kewangan secara keseluruhannya tetapi lebih kepada usaha memasti- kan rakyat dapat menonton aksi sukan tanah air terutama bola sepak.

"Sebagai bukti, siaran langsung final pertama Piala Suzuki AFF 2010 di RTM berjaya mencatat 2.8 juta penonton manakala final kedua mencatat 3.8 juta penonton. Ia sekali gus membuktikan sukan terbaik hanya di RTM," tegasnya lagi.

Saingan Liga M 2011 bakal bermula 29 Januari ini dengan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Selangor dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Thursday, January 6, 2011

Kedah Target 3 Piala Musim 2011

Sumber dari akhbar KOSMO!

DENGAN dibarisi tujuh pemain kebangsaan, Kedah melaungkan amaran untuk mengulangi kejayaan menjuarai gelaran treble pada musim 2007 dan 2008 apabila tirai Liga Malaysia 2011 bermula hujung bulan ini.

Justeru, Kedah tidak mahu menoleh ke belakang lagi, sebaliknya mereka tampak lebih yakin dengan pengalaman yang dimiliki ketujuh-tujuh pemain berkenaan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah memberitahu, skuad Hijau Kuning mensasarkan yang terbaik untuk musim ini dengan menjuarai tiga piala.

“Sasaran Kedah bagi musim ini ialah tiga piala. Barisan pemain muda dan berpengalaman yang pernah beraksi bersama pasukan negara, Kedah mampu lakukannya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran laman web KFA, jersi baru Kedah dan pengumuman pemain baru di Alor Setar kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih, Ahmad Yusof.

Skuad Hijau Kuning ketika di bawah pengendali Mohd. Azraai Khor Abdullah muncul juara treble menerusi kejayaan merangkul Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA.

Ahmad yang membimbing Kedah bagi musim kedua menganggap sasaran KFA untuk merangkul tiga piala itu sebagai cabaran yang perlu dipikul bersama oleh pihak pengurusan pasukan dan juga para pemain.

Katanya, jika percaturan berjalan lancar dan kemasukan pemain baru termasuk Amar Rohidan dan pemain berpengalaman, Ahmad Fauzi Shaari serta beberapa pemain lain, sasaran itu boleh dicapai.

Jelasnya, kecederaan beberapa tonggak utama Kedah pada musim lalu banyak menjejaskan rentak Kedah khususnya di posisi tengah.

“Sasaran tiga piala adalah cabaran bagi saya dan pemain. Diharapkan gandingan pemain kebangsaan dan pemain muda serta perancangan berjalan dengan baik ia mampu dicapai,” katanya.

Selain Amar Rohidan empat lagi pemain yang membawa Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini ialah Mohd. Sabree Mat Abu, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Faizal Abu Bakar dan Khairul Helmi Johari.

Turut berada dalam skuad kebangsaan, namun digugurkan akibat kecederaan ialah Baddrol Bakhtiar dan Mohd. Azmi Muslim.

Bagi musim ini, bekas pemain Kedah yang berkelana ke Perlis, Mohd. Fauzie Nan kembali menyarung jersi skuad Hijau Kuning selain bekas pemain Terengganu kelahiran Kedah, Mohd. Firdaus M. Faudzi.

Pemain lama yang dikekalkan ialah Mohd. Helmi Eliza, Abdul Hadi Abd. Hamid, Mohd. Al-Hafiz Hamzah, Mohd. Shahril Faizal dan Shafizan Hashim.

Turut dikekalkan ialah Mohd. Fazliata Taib, V. Thirumurugan, Ahmad Shakir Md. Ali dan Azlan Ismail.