Terdengar desas desus yang Media Prima berminat untuk menyiarkan perlawanan Liga Super dan Liga Malaysia yang lain. Bagi peminat, ini tentunya khabar gembira yang ditunggu. Apatah lagi bila RTM yang berjanji untuk menjadi penyiar bersama Astro hanya sepi seribu bahasa. Selepas 4 perlawanan, hanya perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan & Selangor saja yang ditayangkan.
Dengarnya terdapat masalah dalam perbincangan antara RTM dan Astro. Mengikut sumber, TV3 bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab itu dari RTM. Kami penyokong bola sepak Malaysia, menyokong 100% dan berharap siaran yang lebih meluas untuk bola sepak Negara. Takkanla nak tengok liga sendiri pun terpaksa bayar kan?
No comments:
Post a Comment