Friday, May 13, 2011

Separuh Akhir Pertama PIala FA 2011

Selangor gagal mengutip 3 mata penuh apabila beraksi di gelanggang sendiri menentang Kelantan malam tadi. Lebih malang lagi, Kelantan bukan sahaja membawa pulang 3 mata penuh ke Kota Bharu, malah 5 jaringan ditempat lawan cukup bermakna buat The Red Warriors untuk selangkah ke pusingan akhir. Kelantan menang selesa 5-1.

Kelantan yang disokong oleh ribuan penyokong yang jauh lebih ramai dari penyokong tuan rumah tampak bertenaga apabila menguji pintu gol Selangor sebaik wisel permainan dimulakan. Gol pertama Kelantan muncul pada minit ke 11 hasil jaringan Ramzul Zahini. Kelantan melengkapkan separuh masa pertama dengan 3-0. Selangor gagal bangkit di separuh masa kedua, sekali gus member ruang kepada Kelantan untuk terus menggembirakan penyokong mereka dengan 2 lagi gol. Gol saguhati Selangor hadir pada minit ke 91, namum sudah terlambat untuk memberi semangat kepada pemain Red Giants.

Selangor berdepan tugas getir untuk menumpaskan Kelantan di gelanggang keramat mereka di Kota Bharu 16 Mei ini. Bukan sahaja 3 mata perlu dicari, malah 6 jaringan yang agak mustahil perlu direalisasikan oleh anak buah K.Devan jika berhasrat mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu.

Selangor 1-5 Kelantan
Pahang 2-3 Terengganu

Di Kuantan, Pahang lebih dahulu menggembirakan penyokong sendiri apabila menamatkan separuh masa pertama dengan 1-0. Gol kedua Pahang pula muncul pada minit ke 54. Ketinggalan 0-2 nyata tidak melumpuhkan semangat juang skuad Penyu.

Jaringan pertama pada minit ke 64 nyata memberi semangat baru kepada anak buah Irfan Bakti apabila berjaya menambah 2 lagi gol pada 10 minit terakhir perlawanan untuk membawa bekalan selesa untuk menanti kunjungan Pahang di Kuala Terengganu, Isnin ini.

Pahang dan Selangor masing-masing perlu mengatur strategi untuk memperoleh jaringan yang besar di gelanggang lawan.   

No comments: